Thursday, 27 October 2011

lawatan ke smk teluk bahang, pulau pinang



Pada 20 Oktober yang lepas Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan lawatan penanda aras ke SMK Teluk Bahang Pulau Pinang. Lawatan ini yang disertai oleh 4 orang guru pengiring dan 39 orang pelajar yang terdiri daripada pengawas pusat sumber sekolah dan juga pengawas percubaan PSS yang akan dilantik pada tahun hadapan. Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri Pusat Sumber Sekolah SMK Teluk Bahang yang juga merupakan Johan peringkat Negeri Pulau Pinang dalam kategori PSS Luar Bandar. PSS SMK Teluk Bahang yang telah diberikan anugerah 5 bintang juga akan mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi.
            PSS SMK Padang Serai yang juga sedang mengorak ke arah 5 bintang juga perlu menambahkan ilmu pengetahuan agar mampu memperolehi anugerah 5 bintang dalam tempoh 3 tahun lagi. Lawatan tersebut mampu membuka minda pelajar dan juga guru dalam usaha menaik taraf PSS sumber sekolah yang menjadi nadi ilmu kepada sekolah.
            Selain itu rombongan juga telah melawat Taman Negara Pulau Pinang yang terletak berhampiran dengan SMK Teluk Bahang bagi mendapatkan input-input yang bermanafaat selain dari menikmati makan tengahari di situ.
            Seterusnya rombongan bergerak ke Masjid Terapung, Pulau Pinang yang terkenal dengan keindahan serta keunikan seni binanya. Pelajar- pelajar muslim singgah untuk memunaikan solat Zohor manakala pelajar-pelajar lain tidak melepaskan peluang untuk bergambar disekitar masjid tersebut.
            Rombongan kemudiannya bertolak ke Akuarium Institut penyelidikan Perikanan Pulau Pinang untuk destinasi lawatan yang seterusnya. Di situ pelajar-pelajar boleh melihat hidupan-hidupan laut seperti penyu, kuda laut dan juga pelbagai spesis ikan.
            Tepat pukul 5.00 Petang rombongan telah bertolak balik ke sekolah dan tiba di sekolah kira-kira jam 6.30 petang. Pelajar –pelajar yang telah dijemput oleh waris masing-masing pulang ke rumah masing-masing.

No comments:

Post a Comment